ZAMAN YANG DIDOKTRIN SIHIR-SIHIR DAJJAL.
Tiga peringkat zaman sudah ditempuhi oleh umat manusia. Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, Namun hari ini kita terhenti dipersinggahan fasa keempat iaitu era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai zaman kerajaan menyombong.Lebih mudah kita sebut sebagai Zaman Diktator.
Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncullah zaman pemerintahan ideologi - ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, kapitalis, liberalis dan lain - lain lagi termasuk nasionalis. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang - orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara - cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi s.a.w. dahulu.
Namun lebih teruk zaman inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan pada zaman ini mengikut telunjuk dajjal. Disajikan dengan doktrin - doktrin liberalisme, sosialisme, hedonisme dan sekularisme dalam setiap urusan dalam semua bidang termasuk politik,ekonomi,pendidikan malah undang-undang. Maka tercetuslah banyak kehancuran daripada sihir-sihir dajjal ini menghancurkan setiap negara termasuk negara Islam.
Maka ,Kita yang sedang bernafas dengan udara zaman ini! dimanakah kita posisikan diri kita sekarang untuk mengembalikan semula era zaman nubuwah. Adakah kita masih banyak waktu untuk dihabiskan dengan menongkat dagu,atau melayan konsert selena gomez? Sedangkan diluar sana sudah jelasnya jelmaan bayangan dajjal yang sedang menanti kehancuran ummat ini.
Rasulullah mengingatkan kita bahawa pada fasa ini akan datangnya satu fitnah. Fitnah yg paling besar dalam sejarah ketamadunan hidup manusia. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dan menjaga diri serta keluarga kita. Hendaklah kita memperbanyak doa kepada Allah Azza wa Jalla agar sentiasa menjaga kita dari keburukan berbagai fitnah ini.Dan Kita mestilah berpegang teguh dengan Al-Quran dan memperjuangkannya agar kalimat Allah tertegak dimuka bumi ini dan mengembalikan semula era zaman nubuwah seperti yang dijanjikan Allah swt.
فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدًى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا
يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ
"jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara." (Taha : 123)
Jumaat, 23 Zulkaedah 1437H,26 Ogos 2016M
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad|Taman Melewar, Gombak.